Biodata Intan Najuwa

Biodata Intan Najuwa | Siapakah Intan Najuwa? Intan Najuwa atau nama sebenarnya Intan Najuwa binti Abdul Wahid merupakan seorang model dan pelakon berbakat yang sedang meningkat naik. 


Intan Najuwa mula aktif dalam dunia lakonan sekitar tahun 2015 sehingga kini pada usia 18 tahun. Sebelum menjadi artis, Intan merupakan seorang penulis blog. 


Bakat lakonan pelakon kecil molek ini mula dikenali setelah membawa watak utama dalam Drama Hantu Punya Bos. Terkini Intan Najuwa membintangi dalam drama terbaru di Slot Akasia TV3 berjudul Ironi Kasih bergandingan bersama Aqasha, Fizz Fairuz, Intan Ladyana, Ramona Zamzam dan ramai lagi. Drama Ironi Kasih akan bersiaran mulai 2 April 2020 setiap Isnin hingga Jumaat jam 7 malam.


Selain itu, drama terbaru yang dibintangi oleh Intan berjudul Pink Smile akan bersiaran mulai Ramadan ini di Slot Samarinda TV3. Bergandingan bersama Intan adalah Fattah Amin, Sweet Qismina, Syafi Tee, Afifah Nasir dan ramai lagi. 

BIODATA INTAN NAJUWA
Berikut dikongsikan maklumat latar belakang artis ini. 

Nama Sebenar : Intan Najuwa Binti Abdul Wahid
Nama Popular : Intan Najuwa
Asal : Johor
Umur : 23 tahun (2020)
Tarikh Lahir : 18 Ogos 1997
Agama : Islam
Kerjaya : Model, Pelakon
Tahun Aktif : 2015 - Kini
Drama : Hantu Punya Bos, Kekasih Paksa Rela, Tuan Danial, Setelah Ku Dimiliki, Ironi Kasih (2020), Pink Smile (2020)
Telefilem : Cinta Sesungguhnya, Mana Ada Hantu Malam Raya, Pemuja Rahsia (2020)
Instagram : IntanNajuwa

FOTO




Kredit foto : IG IntanNajuwa

Biodata Intan Najuwa Biodata Intan Najuwa Reviewed by Bawang on Wednesday, April 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.